AM > BERITA

Terengganu Cadang Wujud Santuari Gajah Atasi Masalah Gajah Liar

06/11/2024 03:45 PM

"Serangan gajah berlaku kerana habitat asalnya semakin berkurang (keluasan), sekali gus menjejaskan sumber makanan mereka.

"Oleh itu, timbul cadangan daripada wakil tiga negeri untuk membina santuari bagi menempatkan gajah yang ditangkap di satu tempat yang selamat dan mempunyai sumber makanan mencukupi untuk mereka," katanya kepada pemberita pada Seminar Biodiversiti Terengganu 2024: Safeguarding Biodiversity For Sustainable Future di sini hari ini.

Beliau berkata penubuhan santuari itu juga bagi menjaga keselamatan penduduk daripada serangan berterusan mamalia terbabit.

Razali berkata langkah pencegahan seperti pemasangan pagar elektrik tidak berjaya menyelesaikan sepenuhnya masalah serangan gajah liar di kawasan penempatan penduduk.

"Gajah yang ditangkap dan dilepaskan ke habitat asal biasanya akan kembali menyerang penempatan penduduk. Pemindahan gajah pula menelan belanja antara RM50,000 hingga RM70,000 seekor.

"Di Terengganu kita anggarkan masih ada kira-kira 300 gajah. Kita mahu lindungi populasi haiwan ini agar tidak berkurangan untuk kepentingan generasi masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan