AM > BERITA

Pemilihan Perwakilan Parlimen Belia Diharap Lebih Terbuka - Adam Adli

10/11/2024 11:56 AM

MELAKA, 10 Nov (Bernama) -- Sesi pemilihan perwakilan ke Parlimen Belia diharap dapat diadakan secara lebih terbuka, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.

Beliau berkata menerusi kaedah berkenaan, lebih ramai golongan muda dapat dilibatkan, sekali gus membuka banyak ruang untuk perbahasan.

“Saya kira (golongan muda) yang terpilih untuk mewakili kawasan masing-masing pada Parlimen Belia (boleh) menggunakan peluang berkenaan untuk tajamkan perbahasan.

“Gunakan ruang itu untuk meneroka idea-idea yang boleh membangunkan masyarakat, lebih kritikal, dan yang paling penting adalah tidak perlu terikut-ikut dengan teladan yang tak baik dalam Parlimen biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Fit Malaysia Parlimen Hang Tuah Jaya 2024 @ Melaka Wonderland di sini hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul semalam dilaporkan berkata Parlimen Belia akan ditampilkan dengan format baharu tahun depan.

Beliau berkata antara pembaharuan itu ialah sistem pengundian seperti pilihan raya umum (PRU) serta pencalonan perwakilan akan dipilih dalam kalangan pelajar institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan