KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata lawatan beliau ke Grand Egyptian Museum di Giza semalam membuka peluang untuk mendalami keunikan dan kekayaan warisan budaya masyarakat Mesir terdahulu.
“Semalam sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah, saya dan delegasi Malaysia terima pelawaan Kerajaan Mesir untuk mengunjungi Grand Egyptian Museum di Giza.
“Saya dimaklumkan bahawa muzium ini baru dibuka dan merupakan yang terbesar di dunia, menempatkan lebih daripada 100,000 artifak bersejarah Mesir,” katanya dalam catatan itu.
Anwar berkata kunjungan bersama delegasi Malaysia itu diadakan di hujung lawatan rasmi empat hari ke Mesir atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial