IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kem Sungai Udang, Melaka akan menjalankan latihan pengiring orang kenamaan dan covert manouvre di sekitar Taiping bermula 15 Nov hingga 2 Dis depan.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata sepanjang latihan melibatkan 45 individu itu, akan terdapat insiden tembak-menembak menggunakan peluru kosong di lokasi ditetapkan dan ada jalan yang ditutup sementara.
“Penginapan sepanjang latihan adalah di Pusat Latihan Penjara, Taiping manakala pakaian semasa latihan adalah pakaian preman, coverall, celoreng dan casual smart.
“Anggota-anggota pengiring akan membawa senjata api (pistol glock) dan senjata panjang (M4 carbine) berserta peluru sebanyak 8 butir setiap seorang,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Justeru itu, beliau menasihati orang ramai agar memberi kerjasama dan mematuhi arahan pihak polis bagi melancarkan latihan serta pergerakan lalu lintas selain tidak gusar dan bimbang dengan insiden atau situasi sepanjang latihan tersebut dijalankan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial