AM > BERITA

Malaysia Manfaatkan Saluran Diplomatik Selesaikan Permasalahan - Fahmi

15/11/2024 07:54 PM

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia sentiasa memanfaatkan saluran diplomatik bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan antara negara, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi itu berkata ketetapan berkenaan adalah selaras dengan prinsip yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merungkai pelbagai permasalahan. 

“Prinsip yang telah ditegaskan oleh Perdana Menteri dan Menteri Luar adalah dalam semangat ASEAN untuk menyelesai merungkai masalah, kita akan manfaatkan dan menggunakan saluran diplomatik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah.

Beliau berkata Akta Zon Maritim Filipina (Philippine Maritime Zones Act) dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina (Philippine Archipelagic Sea Lanes Act) yang ditandatangani Presiden Ferdinand Marcos Jr pada 8 Nov lepas disahkan telah melangkaui Peta Baharu Malaysia 1979 yang dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan