AM > BERITA

Jurugan Dikhuatiri Lemas Kejadian Bot Karam Di Kapit

20/11/2024 04:20 PM

SIBU, 20 Nov (Bernama) -- Seorang jurumudi bot hilang dan dikhuatiri lemas manakala isteri serta pekerjanya selamat apabila bot yang mereka naiki karam selepas terlanggar batu di Nanga Makoh, Batang Rajang, Kapit petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata kejadian berlaku di hilir Jeram Pelagus ketika bot itu sedang dalam perjalanan dari Rumah Belaja, Nanga Benin ke pekan Kapit pada lebih kurang 5 petang.

Pusat berkenaan menerima laporan mengenai kejadian dari isteri mangsa Bubut Renang, 57, pada 9.17 malam.

 “Isteri dan pekerja mangsa telah berjaya menyelamatkan diri, namun mangsa masih belum dijumpai sehingga sekarang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamatkan (SAR) telah dilancarkan hari ini dan pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dengan kekuatan empat anggota, kenderaan pacuan empat roda dan bot aluminium telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Antara pihak yang turut terlibat dalam SAR hari ini ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung, tambah beliau.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan