IPOH, 20 Nov (Bernama) -- Sebuah kilang kitar semula barangan getah dan plastik di kawasan Perindustrian Tung Zen, Simpang Pulai di sini mengalami kemusnahan sebanyak 80 peratus selepas terbakar pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.14 pagi tadi.
Beliau berkata seramai 30 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Pasir Putih dan Gopeng serta tujuh jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran di kilang berkenaan.
“Kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula barangan getah dan juga plastik jenis terbuka berkeluasan 100 kaki x 80 kaki itu musnah terbakar 80 peratus dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Tindakan Operasi adalah membuat pemadaman dengan menggunakan empat aliran dan lapan pancutan sumber air dari pili bomba, tangki air dan jentera bomba sehingga kebakaran dapat dikawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarozi berkata kebakaran itu terkawal pada 11 pagi dan tindakan pemadaman kini telah memasuki fasa baik pulih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial