AM > BERITA

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Remaja OKU Hilang

21/11/2024 06:02 PM

KUALA TERENGGANU, 21 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata Erma Fatima Shamsul Bahari, 17, kali terakhir dilihat ketika bersarapan bersama keluarganya di sebuah restoran di Batu Buruk, di sini.

Beliau berkata remaja itu memaklumkan hendak ke tandas namun tidak kembali dan pencarian ibu bapanya di sekitar kawasan berkenaan juga gagal menemui mangsa yang tidak memiliki telefon bimbit.

"Bapa mangsa telah membuat laporan polis pada 26 Okt lepas dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar itu masih belum ditemui sehingga kini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata pada hari kejadian pemegang kad OKU kategori ketidakupayaan itu memakai baju berlengan panjang dan tudung berwarna hitam selain berketinggian 155 sentimeter.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Azizul Azizah di talian 013-4195779," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan