AM > BERITA

Kemuka BNCKHT Dalam Portal MyTax Secara Mandatori Tahun Depan - LHDN

25/11/2024 11:53 AM

PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) -- Pengemukaan Borang Nyata Cukai Keuntungan Harta Tanah (BNCKHT) secara elektronik melalui e-CKHT dalam portal MyTax adalah mandatori bermula 1 Januari 2025.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia boleh dilakukan dengan melayari https://mytax.hasil.gov.my/ dan log masuk ke MyTax dengan memilih jenis pengenalan dan memasukkan kata laluan.

“Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui pendaftaran nombor TIN melalui pautan e-Daftar di MyTax. Kemudian, pengguna perlu memilih menu Perkhidmatan ezHASIL > eCKHT, pilih jenis BNCKHT dan isi maklumat yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan peguam bertauliah dan ejen cukai berlesen yang dilantik dibenarkan untuk mengakses e-CKHT pembayar cukai melalui medium ejen cukai berlesen, iaitu Sistem TaeF versi 2.0 dan Peguam: Peranan Peguam di MyTax.

LHDN komited dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan sebagai agensi pemudah cara yang lebih fleksibel dan dinamik sekali gus kekal relevan dan melangkaui jangkaan semua pihak. 

“Pelaksanaan mandatori pengemukaan borang melalui e-CKHT sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian bagi meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pembayar cukai dalam melaksanakan urusan CKHT tanpa perlu hadir ke pejabat,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi Hasil Contact Centre menerusi talian 03-8911 1000/603-8911 1000 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas dalam portal rasmi LHDN https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan