AM > BERITA

JPPKK Terima 35 Kenderaan Baharu Bernilai RM5 Juta, Ganti Kenderaan Lama Melebihi Usia

27/11/2024 10:49 AM

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menerima 35 kenderaan baharu pelbagai jenis bernilai RM5 juta, kata Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Datuk Dr Mohd Zahari Ismail.

Beliau berkata perolehan itu dibuat bagi menggantikan sebahagian kenderaan sedia ada yang telah melebihi usia penggunaan iaitu 15 tahun dan mencapai jumlah perbatuan yang tinggi.

“Kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini memberi makna besar kepada JPPKK dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang efisien, dan memastikan keselamatan serta keselesaan kakitangan dan pelajar politeknik serta kolej komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini

Majlis Penyerahan dan Flag-Off Kenderaan Baharu itu telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Ruang Legar KPT semalam.

Mohd Zahari berkata van, kereta, lori dan motosikal berkenaan akan diserahkan kepada politeknik serta kolej komuniti di zon tengah, zon utara, zon timur dan zon selatan. 

“Serahan kenderaan baharu ke zon Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan pada 18 Okt lepas,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan