KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) -- Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira, Bachok terpaksa dihenti tugas sementara berikutan limpahan air banjir telah memasuki kawasan dan bangunan sistem rawatan loji, bermula pagi tadi.
Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam kenyataan memaklumkan keadaan itu menyebabkan bekalan air hampir 1,300 akaun pengguna terjejas.
Antara kawasan terlibat ialah Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Kampung Tok Jawa, Kampung Budi, Kampung Pintu Gerbang, Kampung Wakaf Zin, Kampung Desa Kerian, Kampung Dusun Durian, Kampung Chicha Menyabung dan Kampung Gajah Mati.
“AKSB akan menggerakkan lori tangki untuk membantu pengguna terjejas. AKSB melalui PINTAS juga akan membuat pemakluman kepada pengguna terlibat melalui sistem Infoblast dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu hari ini.
AKSB akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi berkenaan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi di laman sesawang www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook, Instagram atau hubungi PINTAS melalui talian 15777 jika pengguna mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial