AM > BERITA

Permohonan Geran PPSMI 2025 Dibuka Bermula 2 Dis - MITRA

27/11/2024 04:22 PM

PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 akan dibuka bermula 2 Dis ini hingga 5 Jan 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) P. Prabakaran.

Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu berkata permohonan geran itu dibuka seawal Disember dengan mengambil kira pelaksanaan program bagi masyarakat India itu boleh dimulakan pada Januari 2025.

“Kali ini akan ada beberapa penambahbaikan dan bidang baharu yang akan diperkenalkan bagi masyarakat India memperoleh manfaat melaluinya.

“Kita ada projek yang akan naikkan ekuiti masyarakat India, geran untuk usahawan dan peniaga kecil, bidang pertanian dan kebajikan … jadi, saya harap masyarakat India peka tentang pengumuman ini dan mereka boleh memohon melalui portal MITRA,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali MITRA di sini hari ini.

MITRA menerusi kenyataan pada 11 Okt lepas memaklumkan mengenai penangguhan permohonan geran PPSMI 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kenyataan itu memberitahu penangguhan berkenaan adalah bagi membolehkan pihaknya membuat penambahbaikan selepas libat urus diadakan di enam negeri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan