KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) atas pemergian dua petugas jabatan itu baru-baru ini.
Petugas berkenaan adalah Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Antarabangsa Jabatan Penyiaran RTM Khairul Azli Rahim dan Ketua Jurukamera Unit Visual RTM Jazarul Arif Jamaludin.
“Mendoakan agar keluarga mereka juga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” menurut hantaran PMO di Facebook.
Khairul Azli, 45, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5.16 petang semalam akibat pendarahan otak.
Jazarul Arif pula meninggal dunia pada 1.52 pagi, 22 Nov lepas di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengadu sesak nafas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial