DUNGUN, 2 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir yang mengesahkan kejadian sekitar pukul 5 pagi semalam itu berkata lelaki berkenaan yang berumur 36 tahun bersama dua rakannya memasuki kawasan ladang itu pada hari Sabtu sekitar pukul 5 petang.
Beliau berkata dalam perjalanan pulang, dua rakannya berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori, namun motosikal yang ditunggang lelaki itu tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum terus hilang.
"Rakannya yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa kemudiannya tidak lagi kelihatan," katanya.
Maizura berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada pukul 7 pagi tadi melibatkan agensi daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan penduduk kampung,” katanya dan menambah motosikal lelaki itu telah ditemukan di sekitar lokasi kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial