AM > BERITA

HUTANG RM1 JUTA: MARA GESA CHE TA, ANAK HADIR KE PEJABAT

15/12/2024 03:45 PM

BUTTERWORTH, 15 Dis (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Pengerusinya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau mengulangi gesaannya kepada artis yang lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, itu untuk berbincang dengan MARA dan menyelesaikan hutang tersebut.

Beliau berkata setakat ini Che Ta atau peguamnya tidak hadir ke pejabat MARA bagi membincangkan berhubung hutang itu.

"Prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan dan ini bukan tindakan mahkamah kali pertama tetapi sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah ke MARA dan bincang.

“Paling penting juga, bayar balik pinjaman yang dibuat sebab ia sudah berlarutan sejak 2017,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang 2024 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahagian undang-undang MARA kini dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap pelakon Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.

Langkah itu adalah prosedur susulan yang dilakukan terhadap selebriti itu selepas dia gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh tujuh tahun walaupun pelbagai usaha diambil MARA bagi mendapatkan semula wang berkenaan hingga membawa kes itu ke mahkamah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan