AM > BERITA

GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU PETANG INI

16/12/2024 06:50 PM

KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) -- Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 2.56 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi tersebut berlaku di 15 kilometer barat Ranau.

Menurut kenyataan itu gempa bumi lemah pada kedalaman 10 kilometer itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami kepada Malaysia namun dipercayai mengakibatkan gegaran di daerah Ranau.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 3.17 petang tadi dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba Ranau dikerahkan untuk melaksanakan rondaan di sekitar daerah berkenaan.

"Rondaan mendapati keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan pukul 4.30 petang tadi," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan