KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan selama tiga hari di tiga negeri bermula hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu, manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Di Sarawak keadaan cuaca yang sama dijangka membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah; manakala Johor (Mersing dan Kota Tinggi), dan Sabah (Ranau, Kota Belud, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat), bermula pada Khamis ini hingga 22 Dis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial