AM > BERITA

PEMBAHARUAN PAS MY50 DITANGGUH HINGGA 31 JAN BAGI PENAMBAHBAIKAN SISTEM

17/12/2024 05:10 PM

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Proses pembaharuan pas My50 akan ditangguh sementara waktu bermula 23 Dis ini hingga 31 Jan depan di semua kaunter khidmat pelanggan rel, sistem Bas Rapid Transit (BRT) dan hab bas Rapid KL.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku pengendali perkhidmatan Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penangguhan sementara itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem penjualan pas My50.

"Penangguhan sementara itu bagi meningkatkan keupayaan sistem untuk menampung jumlah pengguna pas My50 yang semakin bertambah, bagaimanapun pembelian pas My50 yang baharu masih boleh dilakukan seperti biasa di semua kaunter berkenaan.

"Bagi pengguna yang masih mempunyai baki hari dalam pas My50 sedia ada, mereka perlu menghabiskan baki hari itu terlebih dahulu sehingga pas tamat tempoh dan membuat pembelian pas baharu selepas itu," menurut kenyataan berkenaan.

Prasarana turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pengguna sepanjang tempoh itu dan berterima kasih atas kesabaran serta kefahaman yang diberikan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL 03-7885 2585 atau merujuk kepada laman media sosial Rapid KL untuk maklumat terkini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan