AM > BERITA

Tiada Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Bagi Warga Emas - KP JPJ

18/12/2024 04:37 PM

PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM), sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) serta JPJ tidak meletakkan apa-apa syarat tambahan, dan proses pembaharuan LMM bagi golongan ini masih tertakluk kepada syarat-syarat dan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembaharuan LMM sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat yang diterima.

“JPJ sentiasa berusaha dan komited untuk memastikan kesejahteraan orang awam terutamanya para pelanggan JPJ sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penularan satu pesanan di platform media sosial yang mendakwa kononnya golongan warga emas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan, sebelum memperbaharui LMM.

Maklumat lanjut berkaitan pembaharuan LMM boleh dibuat dengan melayari www.jpj.gov.my.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan