PUTRAJAYA, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini mengaktifkan Skuad Ihsan MADANI dengan keanggotaan 80 sukarelawan terdiri daripada pegawai serta petugas jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata Skuad Ihsan MADANI adalah bukti komitmen kementeriannya dalam memupuk semangat kesukarelawanan, solidariti, dan empati dalam kalangan masyarakat.
“Pasukan ini bukan sahaja berfungsi sebagai sokongan kepada usaha-usaha perpaduan, tetapi juga sebagai medium untuk mendekati komuniti secara langsung dan menawarkan bantuan secara cekap serta menyeluruh.
“Skuad ini akan memainkan peranan penting dalam melaksanakan pelbagai program dan inisiatif perpaduan, termasuk penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama dalam situasi kecemasan dan bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Skuad Ihsan MADANI merupakan cetusan idea Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar untuk penjawat awam diaturgerakkan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial