AM > BERITA

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Petugas TV Alhijrah Ainur Mahdiyah Zahra

19/12/2024 12:34 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga petugas TV Alhijrah Ainur Mahdiyah Zahra Abdullah yang meninggal dunia pada Selasa lepas.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook hari ini menzahirkan rasa dukacita dan mendoakan seluruh keluarga Allahyarham serta sahabat handai terutamanya di TV Alhijrah kekal tabah dan sabar berdepan dengan pemergian itu.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Ainur Mahdiyah Zahra, 48, meninggal dunia ketika dalam urusan kerja di Kota Kinabalu, Sabah akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Taman Putra Perdana, Puchong petang semalam.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Paullina Oppei Paulus bertugas sebagai Pengurus Unit Integrasi Media, Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat di TV Alhijrah.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan