AM > BERITA

PM Zahir Penghargaan Kepada Petugas Kebudayaan Jayakan Program Rasmi Negara

19/12/2024 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada petugas kebudayaan atas curah bakti yang diberikan dalam menjayakan pelbagai program rasmi negara. 

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata dalam kesibukan mengurus hal ehwal kenegaraan, komitmen dan kegigihan ditonjolkan penjawat awam serta staf dukungan termasuk penari kebudayaan, pemuzik dan penyanyi sering kali terlepas pandang.

“Semasa menunggu ketibaan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow ke Kompleks Seri Perdana untuk sesi makan tengah hari, saya meluangkan masa berbual dengan penari-penari kebudayaan yang dilatih dan dibawa khas dari Istana Budaya.

“Menurut mereka, untuk setiap sesi lawatan rasmi kenegaraan, tempoh seminggu akan diperuntukkan untuk berlatih mengikut tema kebudayaan yang ditetapkan,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih atas jasa yang diberikan dan berharap mereka akan terus berkarya serta mengangkat martabat seni dan budaya negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan