KOTA BHARU, 20 Dis (Bernama) -- Kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan masalah itu merebak ke kawasan lain.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata bagaimanapun proses kajian tanah secara menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan jika terdapat pergerakan tanah di kawasan lain.
"Kerajaan negeri sifatkan kejadian ini sebagai bencana yang perlu diambil tindakan dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) telah mengeluarkan laporan berhubung perkara ini untuk rujukan dan tindakan seterusnya termasuk nasihat teknikal.
“Walau apa sahaja kekangan, kerajaan negeri akan berusaha memastikan tindakan dapat diambil segera bagi mengelak sesuatu tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama hari ini.
Bernama, Isnin lepas melaporkan satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama.
Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggain hampir 10 meter.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial