PUTRAJAYA, 1 Jan (Bernama) -- Pelbagai agenda akan dilaksanakan Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi berkaitan sempena peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 di Dataran Putrajaya malam tadi, beliau berkata agenda berkenaan juga merangkumi perancangan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kita akan memperincikan apakah agenda berkenaan. Nanti akan ada pertemuan dengan pimpinan tertinggi Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya untuk melihat keutamaan yang akan diberikan untuk tahun 2025,” katanya.
Dr Zaliha berkata berkata agenda C.H.A.S.E City juga akan menjadi keutamaan tahun ini, dengan melihat kepada keterangkuman daripada semua dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini.
C.H.A.S.E City merupakan visi Dr Zaliha dalam menjadikan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebagai CHASE iaitu Clean City (bandar bersih), Healthy City (bandar sihat), Advanced City (bandar maju), Safe City (bandar selamat) dan Eco Friendly City (bandar mesra alam).
Terdahulu, Dr Zaliha bersama-sama lebih 30,000 hadirin menyaksikan Festival LAMPU2024 iaitu persembahan pemetaan cahaya mega dan turut bersama-sama mengira detik menyambut kedatangan tahun 2025 yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api serta persembahan artis tempatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial