AM > BERITA

Pahang Taja Makan Tengah Hari Untuk Calon SPM 2024

02/01/2025 02:15 PM

KUANTAN, 2 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pahang mengambil inisiatif menaja makan tengah hari kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menduduki ujian bertulis kecuali yang tinggal di asrama, bermula hari ini hingga 6 Feb depan. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata usaha berkenaan sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.

“Saya turut dimaklumkan bahawa Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024. Semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini. 

Beliau turut mengajak semua pihak bersama-sama mendoakan calon SPM agar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang serta diberikan kesihatan yang baik.

Sebanyak 20,401 calon dari negeri ini menduduki ujian bertulis di 259 pusat peperiksaan dengan 104 calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) terdiri daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal dan masalah pembelajaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan