PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.
“Langkah ini bukan sahaja menambah hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.
Terdahulu, Loke merasmikan pejabat JPJ baharu yang merupakan inisiatif penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan.
Beliau berkata perasmian pejabat baharu itu juga adalah simbol perubahan, bukan sekadar dari segi infrastruktur tetapi juga tanggungjawab ntuk memastikan perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap, responsif, dan memenuhi kehendak rakyat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial