AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Perak Bertambah Hari Ini

10/01/2025 09:36 AM

IPOH, 10 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung, sedikit meningkat hari ini. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan 18 orang daripada lima keluarga berlindung di PPS tersebut berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.

"Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan air Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya setinggi 2.56 meter (m) berbanding paras normal 1m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pula meramalkan kebanyakan daerah antaranya Perak Tengah, Hilir Perak,  Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim dijangka berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.

Jabatan Kerja Raya Perak turut memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan tersebut dinaiki air setinggi 0.8m.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan