KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak di sini sedang giat dilaksanakan sejak insiden itu berlaku pada 2 Jan lepas.
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan kebakaran yang melibatkan bahan sisa domestik dan binaan itu meliputi kawasan seluas 464 meter persegi dan setakat hari ini status kebakaran berjaya dipadam sebanyak 55 peratus dengan usaha memadamkan masih diteruskan.
“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan kebakaran berkenaan menggunakan kaedah direct attact satu aliran sejauh 1,400 kaki dengan empat pancutan dan turut memanfaatkan sumber air dari anak sungai berhampiran dalam usaha pemadaman.
“Dua jentera pengorek turut membantu melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan kaedah korek dan gaul bagi mempercepatkan operasi pemadaman,” menurut kenyataan itu dan menambah pemantauan darat serta udara di lokasi juga dilakukan.
Menurut kenyataan itu, hasil maklumat yang diterima status tanah tersebut merupakan hak milik persendirian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial