AM > BERITA

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Pulau Pinang Pada 30 Jan

13/01/2025 11:09 AM

GEORGE TOWN, 13 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Ketua Menteri di SPICE Arena, Bayan Baru, pada 30 Jan ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini, menjemput orang ramai menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung selama dua jam, bermula 2 petang.

"Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berbesar hati kerana Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, akan turut hadir menyerikan sambutan kali ini.

"Orang ramai, khususnya rakyat Pulau Pinang dijemput memeriahkan sambutan perayaan yang menjadi simbol keharmonian negeri ini," menurut kenyataan itu.

Pejabat Ketua Menteri juga mendoakan agar tahun baharu membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kejayaan kepada semua.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan