KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Allahyarhamah Seriwani Sabtu yang meninggal dunia, pagi tadi.
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook menyifatkan Allahyarhamah yang merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa itu, sebagai seorang pegawai yang amat komited serta berdedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.
“Pagi ini, saya rasa hiba dan sedih menerima khabar duka kehilangan seorang pegawai... Allahyarhamah Seriwani Sabtu telah kembali menghadap Ilahi di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar 8 pagi tadi. Satu kehilangan besar bagi kita semua.
“Dalam kunjungan terakhir saya pada Sabtu lalu, saya dapat melihat betapa tabah dan cekalnya beliau menghadapi ujian kesakitan yang dialami. Namun, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Saya berdoa semoga Allah SWT mencurahkan rahmat, maghfirah dan kasih sayang-Nya kepada Allahyarhamah, serta menempatkannya dalam kalangan insan solehah yang beroleh jannah,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut berharap seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial