KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat insurans Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) memperkenalkan pelan PRUWith You Plus yang fleksibel dan boleh diubah suai dengan jumlah diinsuranskan meningkat serta menyediakan perlindungan bersifat komprehensif.
PAMB menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan pelan itu adalah bagi memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan untuk mendapatkan lebih perlindungan,
"PRUWith You Plus adalah pelan yang fleksibel dan boleh disesuaikan dengan jumlah perlindungan meningkat, yang menyediakan perlindungan yang komprehensif supaya pelanggan dapat melindungi diri mereka dan memperluaskan perlindungan kepada orang tersayang tanpa kos tambahan.
“Satu ciri utama pelan ini adalah keupayaannya untuk menangani kebimbangan ibu bapa tentang perlindungan anak mereka. Di bawah PRUWith You Plus, semua kanak-kanak, sejak dari lahir hingga usia tujuh tahun, secara automatik berhak mendapat perlindungan tambahan di bawah pelan ibu bapa mereka, tanpa kos tambahan dan tanpa memerlukan penilaian risiko.
“Ini termasuk perlindungan hayat dan penyakit kritikal sebanyak 30 peratus daripada Jumlah Perlindungan Asas,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran Perkongsian PAMB Eric Wong berkata PRUWith You Plus berkembang bersama kehidupan pelanggan yang sentiasa berubah, membolehkan mereka menikmati ketenangan fikiran kerana mengetahui diri dan orang tersayang dilindungi walau apa yang berlaku.
"Hidup ini sememangnya penuh dengan ketidakpastian. Sebab itulah penitng untuk kita bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan," katanya.
Menurut kenyataan itu, pelanggan boleh menikmati perlindungan meningkat tanpa kos tambahan dengan jumlah diinsuranskan yang akan meningkat setiap tahun sebanyak satu peratus sehingga maksimum 50 peratus daripada perlindungan.
PRUWith You Plus juga meraikan peristiwa penting dalam kehidupan dengan ganjaran tunai RM500 apabila mencapai mana-mana daripada lima pencapaian iaitu mengembara ke 10 negara, menggandakan gaji, memiliki rumah, berkahwin atau menyambut kelahiran cahaya mata.
"Lebih penting, PRUWith You Plus membolehkan pelanggan menyesuaikan perlindungan mereka dengan rider yang fleksibel, termasuk perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan perlindungan pembayar untuk memastikan penjagaan yang komprehensif untuk diri dan orang tersayang.
"(Ini juga) memberikan pelanggan pilihan untuk menyesuaikan polisi mereka supaya lebih menepati keperluan yang berubah-ubah dan memberikan perlindungan tambahan serta jaminan kewangan pada waktu kritikal," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial