AM > BERITA

Banjir: Pahang Pulih Sepenuhnya, Johor Semakin Baik

15/01/2025 05:44 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala di Johor menunjukkan perkembangan positif selepas mencatatkan penurunan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini.  

Di PAHANG, satu-satunya PPS iaitu di Balai Raya Kampung Jawa, Rompin yang menempatkan 186 mangsa daripada 43 keluarga ditutup 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Rompin memaklumkan kesemua penduduk Kampung Pantai 3 dan 4 serta Kampung Jawa yang terjejas sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS berkurang kepada 230 orang hingga 4 petang ini berbanding 1,097 orang pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pontian; Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kahang, Kluang.

Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang melibatkan sembilan keluarga dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di sini, setakat 4 petang ini.

Begitu juga di SARAWAK, masih kekal dengan 20 mangsa banjir melibatkan 13 keluarga yang berlindung di PPS Dewan Kompleks Sukan Kanowit.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan