AM > BERITA

88 Penghuni Hilang Tempat Tinggal Rumah Panjang Terbakar

15/01/2025 08:58 PM

SIBU, 15 Jan (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 88 penghuni Rumah Paulus Yan, Nanga Bawan, Kanowit, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang mereka musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie berkata kesemua penghuni rumah panjang 15 pintu di Jalan Nibong Tada itu berjaya menyelamatkan diri masing-masing tanpa sebarang kecederaan.

“Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 12.14 tengah hari.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah yang digerakkan ke lokasi berjaya mengawal kebakaran pada 2 petang manakala operasi tamat sepenuhnya pada 4.50 petang.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan