AM > BERITA

PM Ucap Tahniah Kepada Cikgu Nazmi Disenarai 50 Finalis Hadiah Guru Global

15/01/2025 11:45 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seorang guru Malaysia, Muhammad Nazmi Rosli atas pengiktirafan sebagai antara 50 finalis Hadiah Guru Global 2025. 

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata keikhlasan Muhammad Nazmi mendidik anak bangsa dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar di Sarawak adalah contoh kepimpinan pendidikan yang membanggakan.

"Pengiktirafan ini juga harus mencetus inspirasi buat para pendidik," katanya.

Muhammad Nazmi, 32, yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sarawak hari ini diumumkan sebagai antara 50 finalis terbaik dari seluruh dunia untuk Hadiah Guru Global 2025.

Beliau sebelum ini pernah memenangi Hadiah Guru Malaysia 2023 kerana ikhtiarnya mendidik murid dengan membuat latihan simulasi dalam bilik darjah, antaranya memberikan pengalaman kehidupan lazim seperti memasuki kedai dobi atau menaiki kapal terbang dengan menggunakan bahan kitar semula. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan