PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menubuhkan Cawangan Pembayar Cukai Asing (CPCA) di Blok 8, Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dan telah beroperasi mulai 1 Jan lepas.
Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan waktu operasi kaunter CPCA adalah Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 5 petang, manakala sesi e-Janji Temu LHDN pada Isnin hingga Jumaat bermula 8 pagi hingga 4.40 petang dan tertakluk kepada kekosongan slot yang boleh dibuat menerusi pautan https://ejanjitemu.hasil.gov.my/.
LHDN memaklumkan CPCA mengambil alih fungsi percukaian berhubung fail pembayar cukai warga asing, tidak bermastautin dan cukai pegangan daripada LHDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, LHDN Wilayah Persekutuan Putrajaya dan LHDN Selangor.
Menurut LHDN, penubuhan CPCA merupakan komitmen berterusan LHDN untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengendalian operasi percukaian berkaitan pembayar cukai individu warga asing, tidak bermastautin dan cukai pegangan.
“CPCA akan turut memberikan tumpuan dalam mengendalikan kes-kes penghibur awam bukan pemastautin, kru luar negara dan pelawat asing,” menurut kenyataan itu.
Dengan pemusatan pengendalian fail pembayar cukai kategori itu, LHDN boleh merangka strategi yang lebih jitu dan efektif bagi menangani ketirisan cukai serta meningkatkan kutipan cukai bagi memastikan pengendalian hal ehwal percukaian pembayar cukai kategori berkenaan dapat diperkemas selain meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial