AM > BERITA

PM Anwar Sampaikan Syarahan Di LSE, Rasmi Auditorium Malaysia

17/01/2025 08:11 PM

 

Daripada D. Arul Rajoo

LONDON, 17 Jan (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE).

Menteri Kewangan itu yang dalam lawatan kerja lima hari ke United Kingdom akan bercakap mengenai "The Adaptive Edge: Malaysia's Global Strategy in an Uncertain Era”​.

Sempena lawatan itu, Anwar juga merasmikan Auditorium Malaysia di LSE.

Auditorium dengan kapasiti 460 orang di Centre Building, LSE itu siap pada Jun 2019 dan direalisasikan dengan sumbangan Persatuan Alumni Malaysia. 

Hadir sama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Presiden dan Naib Canselor LSE Profesor Larry Kramer dan Datuk Azman Shah Mohd Yusof, Presiden Persatuan Alumni Malaysia LSE (LSEASM) turut menghadiri syarahan itu. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan