AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Sabah Kekal Pagi Ini

20/01/2025 09:41 AM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa di daerah Saratok meningkat kepada 85 orang daripada 21 keluarga berbanding 39 orang daripada 15 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Rumah Dayak Saratok sejak petang semalam.

Kesemua mangsa banjir terdiri penduduk dari Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 877 mangsa daripada 328 keluarga. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 816 mangsa daripada 311 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pitas manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

“Tiada hujan di daerah Pitas dan Paitan pagi ini. Jalan ke 85 kampung di kawasan Pitas sukar dilalui berikutan banjir selain penduduk mengalami kesukaran untuk melalui kawasan terbabit manakala paras air di Sungai Katasan dan Sungai Bengkoka di Pitas berada di bawah paras waspada,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan