BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 AM > BERITA

2.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Tahun Baharu Cina

22/01/2025 03:02 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Aliran trafik di lebuh raya utama dijangka meningkat ketara mencecah 2.6 juta kederaan sehari menuju pantai timur, utara dan selatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Sazali Harun berkata sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utara selatan, 198,000 ( Lebuhraya KL-Karak),  82,000 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1), 48,000 (Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2) dan 120,000 menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

“Pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota sempena cuti panjang akan meningkat bermula 24 hingga 28 Jan ini manakala aliran trafik kembali ke ibu kota dijangka bertambah pada 1 hingga 2 Feb,” katanya dalam kenyataan.

Bagi mengurangkan kesesakan pihaknya telah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya agar tidak melaksanakan sebarang penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan bermula esok hingga 3 Feb, mengaktifkan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di lebuhraya utara selatan, menambah baik pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan, pengaktifan laluan tidal serta penambahan kaunter bayaran tol menggunakan portable reader.

 "Pihak PLUS juga telah menyediakan kira-kira 50 tandas sementara daripada jenis kabin yang lebih selesa berbanding tandas ’portable’ konvensional di Lebuhraya Utara Selatan untuk menampung keperluan pengguna semasa musim perayaan ini," katanya. 

Sazali turut menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) oleh pihak AFA Prime bagi Lebuhraya KL - Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik (TMC), LLM di talian 1–800–88–7752 untuk mendapatkan bantuan atau layari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my dan WhatsApp Channel LLM Info Trafik untuk maklumat keadaan trafik. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan