AM > BERITA

31 Koperasi Wilayah Persekutuan Dalam Senarai 100 Terbaik Negara Pada 2024 - Dr Zaliha

22/01/2025 11:01 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Sebanyak 31 koperasi berdaftar di Wilayah Persekutuan berjaya tersenarai dalam 100 koperasi terbaik negara pada tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.

Dr Zaliha berkata terdapat 1,171 koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 2.39 juta orang di Wilayah Persekutuan.

“Saya ingin membuka ruang kepada mana-mana koperasi di Wilayah Persekutuan untuk menjalinkan kerjasama strategik, khususnya dalam menjayakan Program Usaha Jaya Insan (PUJI).

“Koperasi adalah platform penting untuk mempertingkatkan taraf ekonomi anggota, terutama mereka yang memerlukan sokongan. Insya-Allah, usaha ini akan terus diteroka dengan lebih mendalam bagi memastikan ekonomi rakyat di Wilayah Persekutuan dapat ditingkatkan dan diperkuatkan,” katanya menerusi catatan di Facebook malam ini.

Terdahulu, Dr Zaliha menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan dan perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh serta memperkasakan koperasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan