AM > BERITA

Banjir Sarawak: Satu PPS Tempatkan 33 Mangsa Masih Aktif Di Bintulu

26/01/2025 09:46 AM

KUCHING, 26 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di Sarawak kekal dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.

PPS Rumah Steven di Daerah Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah itu sejak Khamis lepas.

Jawatankuasa berkenaan turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) yang terdiri Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan