KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 9 malam ini, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan jumlah kenderaan dan dijangka berlarutan sehingga lewat malam.
Beliau memaklumkan kesesakan menuju ke Lembah Klang dari arah utara tanah air antaranya melibatkan lokasi Gurun menuju ke Sungai Petani Selatan, Gopeng ke Bidor, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.
Katanya bagi arah selatan, kesesakan berlaku di Pedas-Linggi ke Seremban.
Bagi arah pantai timur pula, kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong menuju ke Lentang dan Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial