SHAH ALAM, 2 Feb (Bernama) -- Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Pelantikan itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor malam ini.
Ahmad Fadzli menggantikan Datuk Haris Kasim yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Jan lepas.
Sebelum ini, Ahmad Fadzli pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020 sebelum dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri pada Disember 2021.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial