AM > BERITA

Parlimen Bukan Tempat Bertegang Urat, Tabur Fitnah - Sultan Ibrahim

03/02/2025 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah.

Sebaliknya, Seri Paduka Baginda bertitah Parlimen ialah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah Parlimen ialah dewan perhimpunan paling utama dalam sistem negara yang merupakan gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, menggubal undang-undang serta dan medan semak dan imbang atau check and balance ke atas pentadbiran negara.

“Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara dan bukannya agen perpecahan rakyat.

“Justeru itu, hentikan tindakan bermain politik atas setiap isu dan jangan hanya mementingkan parti atau kelompok sendiri sahaja,” titah Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini, hari ini.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan