KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak 445,000 penjawat awam akan mendapat akses kepada Google Workspace dengan rangkaian alat dan latihan Gemini yang disediakan kepada agensi kerajaan untuk meningkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di seluruh perkhidmatan awam.
Perkara berkenaan diumumkan Menteri Digital Gobind Singh Deo selepas melancarkan AI at Work 2.0, satu inisiatif bertujuan melengkapkan penjawat awam Malaysia dengan keupayaan AI generatif (gen AI) terkini Google Workspace bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam.
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 bersama penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
“Menerusi AI at Work 2.0 oleh NAIO dan Google Cloud, kerajaan menerajui dalam memanfaatkan gen AI, dengan sistem keselamatan yang dibina, untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat di bawah pelan tindakan teknologi AI lima tahun kami,” katanya selepas pelancaran inisiatif berkenaan di sini hari ini.
AI at Work 2.0 akan melatih penjawat awam untuk memaksimumkan penggunaan Google Workspace dengan Gemini melalui bengkel amali mengenai arahan yang berkesan dan kes penggunaan yang memberi impak besar.
AI at Work telah dilaksanakan dengan melibatkan 270 pegawai awam dari pelbagai agensi kerajaan.
Maklum balas dan data penggunaan daripada perintis menunjukkan 97 peratus daripada mereka menjimatkan purata 3.25 jam seminggu, menurut pengarah urusan perniagaan sektor awam Google Cloud Asia Pasifik Rahul Sharma.
“Sebanyak 91 peratus daripada mereka juga melaporkan bahawa AI generatif dan agentik telah membantu meningkatkan kualiti kerja mereka,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial