AM > BERITA

Akta 672: SWCorp Akan Lantik Syarikat Teliti Pengurusan Sampah Di Pulau Pinang - Chow

08/02/2025 06:37 PM

NIBONG TEBAL, 8 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan melantik sebuah syarikat bagi meneliti sistem pengurusan sampah dan pembersihan awam di Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ia sebagai langkah susulan terhadap keputusan Jemaah Menteri yang secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

“Perbincangan (mengenai Akta 672) memang sudah berjalan hampir setahun (dengan Kerajaan Persekutuan). Jadi dengan keputusan ini SWCorp akan melantik sebuah syarikat untuk meneliti sistem pengurusan sampah dan pembersihan awam di negeri ini.

“Ia bagi melihat kos ketika ini, sebab kos adalah satu pertimbangan yang pokok dalam pengambilalihan perkhidmatan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Jawi di Sekolah Jenis Kebangaaan Cina (SJKC) Pai Teik di sini, hari ini.

Beliau berkata Pulau Pinang juga telah mengemukakan beberapa permintaan kepada Kerajaan Persekutuan sebagai syarat sebelum akta itu diguna pakai secara sah, bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam proses rundingan lanjut dan dijangka dapat dimuktamadkan dalam tahun ini juga.

Khamis lepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memaklumkan jemaah Menteri pada dasarnya memutuskan untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini mengguna pakai Akta 672.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan