AM > BERITA

Annuar Zaini Ucap Takziah Atas Pemergian Pengarah Program TV RTM

09/02/2025 11:23 AM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdull Hadi Mohd Yusoff, Pengarah Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang meninggal dunia malam tadi.

Mohd Annuar yang juga Pengerusi UDA Holdings Berhad berkata Allahyarham sepanjang hayatnya sentiasa membantu beliau (Mohd Annuar) dalam urusan kerja berkaitan media khususnya ketika beliau diberi amanah sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

“Menerima berita sedih kembalinya ke Rahmatullah seorang sahabat. Innalillahi wainna ilaihi raji'un.Semoga segala amal bakti dan khidmat Abdull Hadi turut dilimpahi ganjaran ketika berada di alam barzakh dan di alam akhirat.

“Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat İhsan İlahi ditempatkan dalam kalangan para Solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pagi ini.

Allahyarham Abdull Hadi meninggal dunia pada 7.21 malam tadi.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan