AM > BERITA

Zakat Fitrah Di Melaka RM7 Hingga RM22

10/02/2025 03:02 PM

MELAKA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar zakat fitrah di Melaka pada tahun ini ditetapkan antara RM7 hingga RM22 bagi setiap individu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata bagi pengguna beras jenis Super Special Tempatan, kadar zakat ditetapkan pada RM7, beras jenis Super Special Import (RM15) dan beras Basmathi (RM22).

"Penetapan kadar tersebut ditetapkan menerusi persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bilangan 4 2024 bagi tahun ini.

"Mesyuarat tersebut bersetuju menetapkan kadar satu gantang Baghdad bagi beras Super Tempatan (Gred A) bersamaan 2.6 kilogram dan ditetapkan kepada tiga kadar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Agensi Agama Islam Melaka 2025 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini. 

Hadir sama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman dan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan