AM > BERITA

Pengarah YADIM Terengganu Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung - Polis

10/02/2025 04:46 PM

KOTA BHARU, 10 Feb (Bernama) -- Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Allahyarham Nasrul Hadi Saidi, 48, yang meninggal dunia semalam mempunyai sejarah serangan jantung sejak 2019.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri ketika dalam perjalanan dari Kedah ke Terengganu sekitar 8.24 malam.

“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan ke Besut, Terengganu untuk menghadiri Majlis Kalam Madani.

"Menurut pengadu, mangsa mengalami serangan jantung sebanyak dua kali dengan serangan kedua menyebabkan beliau tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun doktor mengesahkan Allahyarham telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki turut memaklumkan bahawa mangsa pernah mengalami serangan jantung pada 2019 dan telah menjalani prosedur pemasangan stent di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak forensik Hospital Tanah Merah mendapati punca kematian adalah serangan jantung,” katanya.

– BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan