KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon menyatakan minat terhadap inisiatif yang diperkenalkan kerajaan terutama Jabatan Audit Negara (JAN) dalam meningkatkan ketelusan, integriti dan akauntabiliti pengurusan kewangan kerajaan melalui aktiviti pengauditan.
Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan dengan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang dijemput sebagai tetamu kehormat Luxon di bawah program Felo ASEAN Perdana Menteri dari 11 hingga 13 Feb lepas di Wellington.
"Luxon turut menzahirkan keterujaannya terhadap inisiatif digital yang dilaksanakan oleh JAN seperti papan pemuka dalam talian Ketua Audit Negara (AG’s Dashboard) dan Sistem e-SelfAudit," kata jabatan itu menerusi hantaran Facebook hari ini.
Jabatan itu berkata Wan Suraya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri State Owned Enterprises New Zealand, Simeon Brown; Ketua Audit Negara New Zealand, John Ryan; Ketua Ombudsman, Peter Boshier; dan Pengarah Serious Fraud Office (SFO) Karen Chang.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu Mazita Marzuki dan mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial