KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan terus mengangkat isu sindiket penipuan pekerjaan di rantau Asia Tenggara bagi membanteras permasalahan berkenaan.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata isu itu sudah mula dibincangkan pada Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Beliau berkata kerjasama antara negara-negara ASEAN bagi membanteras isu itu juga akan ditingkatkan menerusi Polis ASEAN (ASEANAPOL).
“Isu penipuan pekerjaan ini tidak akan sunyi sepanjang Kepengerusian ASEAN, ia akan dibincangkan dan kita akan cari jalan terbaik bagi penyelesaian yang lebih tuntas untuk membanteras sindiket penipuan ini dan juga penipuan pekerjaan yang berlaku di rantau Asia Tenggara ini.
“Kita tahu sebelum ini, ia dibangkitkan di Labuan Bajo, Indonesia, diikuti di Vientiane, Laos. Jadi isu ini juga kita akan angkat pada tahun ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa Mohd (BN-Tampin) sama ada isu sindiket penipuan pekerjaan akan dibawa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial